ETHTRADE

Saturday

~ Iftar di FCB Neo Petro - ontheway pulang dari Offsore~

Alhamdulillah...
pengalaman manis masa balik masa bulan pose yg best sgt. hehheh
sebenarnya balik kali ni sebab nk kena attent meeting dgn Jabatan Kesihatan Negeri, Kuching.
Maklum jer la, dah lama x berurusan dan meeting dgn gomen, rindu plak rase...

so ada masa semggu turun kali ni, tp x bestnya x leh nk balik semanjung. leh la cari keperluan2 raya. Raya atas barge. tp x pa beraya dgn BFF. So arini kita leh la terjah Mall kat miri ni. nak hias2 Klinik katanya.... ( nk sejuk kan hati ni sbab x dapt beraya dgn famly... )

Tq pada BFF sedia kan slide dgn presentation Malaria. x sabar nk update nanti. Pengalaman yg best sgt x leh nk dapat setlah resign dgn gomen dah masuk tahun ke 3. Kan best kena meeting kat Putrajaya peringkat Kebangsaan. hahahah (sebenarnya berdebar gak ni, lama x koje dgn orang2 gomen ni kan.... )






so  ada beberapa pic. masa nak balik semalam dan Iftar dalam Fast crew boat FCB semalam. best2... tggu ya BFF kepulangan gue... bawak balik keperluan raya... kita hias Klinik. hehehhe...










Friday

~ Durian Dalit??? ~

Salam ramadhan smua....

Ok entry arini nk cita pasal Durian. Tah kenapa trip kali ni asyik ternampak buah durian je, dalam entry blog, dalam status FB. Klu nk tahu saya ni mmg hantu Durian sesangan. Super duper peminat tegar durian. Tp, apa pon Musang King my peberet one....

Ni Medic Adem's la ni pi post pic kat FB dia. X pernah2 nmpak trus serch kat tenet. katanya Durian dalit ni "rasa mcm durian tambah cempedak + nangka.. memang best.. bau durian tue x kuat"

Pernah dengar ada jenis durian yg ada kat sabah & sarawak dan x pernah jumpa lak jenis ni kat semenajung. Ni antara satu-satunya jenis buah yg rare ada kat sini je dan x da kat semenjung. mesti kena cari ni. walupon rase dia katanya mcm tu (x leh lawan mcm musang king idaman hati) tetap nk gak rase pengalaman makan kan. hehehheh. (mcm dah ngidam lak, menci la adem's ni...)

So maksudnya balik ni kena la cari kat miri... ada ke jual time balik tu? nk plak masa balik tu mybe seawal bulan august. Org tgh cuti raya lagi tu... huhuhu tawakal jer la erk....

Klu ada sesapa kengkawan yg ada no phone yg jual durian dalit di kawasan miri, drop la erk kat komen. ahehehhe. ngalahkan org ngidam kan... 

Thursday

~ Bazar Ramadhan - Pelantar Minyak ~ a.k.a Barge ~

Alhamdulillah....
Entry arini nk citer pasal Bazar Ramadhan di Offshore. Tp nk bgtau semua yg rase dia bukan rasa sampah ya.. heheheh. Lain la molot dah mmg sampah minum air zam zam pon dia kata rasa sampah. heheheheh ter over plak. Ala, bukan apa, over sgt org tu kan nak timbulkan kontroversi snggup kutuk2 bazar Ramadhan kan. Ok la biarkan la mamat tu dgn cermin mata besar dia. Yg penting Bulan mulia ni kita perbanyakan lagi Amalan yg baik2 ok...

Kat atas ni benda yg paling sronok, menggu waktu juadah disusun rapi sblom masing2 nk que tunggu giliran ambil juadah pilihan hati.

Sronok kan sambil2 tu kita selfie. hehehehh


Ni antara juadah pembuka selerah, kuih muih pilihan hati.....

 Yummy! selain kurma Yusuf Tayob......  (kena bisik klu nk sebut) ada jugak Mix fruit mayo yg lazat. Peberet saya stiap kali berbuka, (siap request heheheheh)


Ni paling best, Ayam pangang & kukus dan dihidangkan dengan sup tulang ala2 sup meletop sg besi tu. POM POM POM bila makan. Org sini kuat makan pedas jugak sey....



Wednesday

~ Istilah Hartanah ~

Salam Ramadhan...
Ada planning yg nk beli rumah, atau sedang dalam proses atau baru nak berjinak2.
so ada beberapa tips yg saya nak share pasal istilah2 ni. kadang2 pening gak tgok iklan guna short form jer kan. hehehhe

Kalau guna short form utk msej lain citer. mudah jer nak paham... hehhehe
ok la... lets check...


  1. C - Completed
  2. CA - Capital appreciation
  3. CF - Cash Flow
  4. EPA - Exit Penalty Absorb (contohnya refinancing ke bank lain dlm tempoh lock-in dan bank tanggung kos penalti)
  5. FMC - Free Moving Cost (bank tanggung kos lawyer & kos refinancing dari bank lain)
  6. FSV - Forced Sale Value
  7. Flexi - Flexi rate % ikut BLR
  8. Fix - Fix % rate
  9. p.s.f. -  price (RM) per square feet (ft²)

  10. m² - keluasan meter per segi
  11. ft² - keluasan kaki per segi
  12. BLR - Base Lending Rate [kadar yang ditentukan oleh Bank Negara, Conventional Loan]
  13. BFR - Base Financing Rate [kadar yang ditentukan oleh Bank Negara, Islamic Loan]
  14. MOF - Margin of Financing
  15. MV - Market Value
  16. JMB - Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama)
  17. ROI - Return of Investment
  18. RPGT - Real Property Gain Tax (Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini diperluaskan ke atas keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.) http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=5&posi=2&unit=1&sequ=1
  19. DSR - Debt Service Ratio
  20. L - Landed..... Lawannya NL - Non-Landed (flat/apartment/condo)
  21. LA - Loan Amount
  22. LO - Letter Offer
  23. LI - Letter of Instruction
  24. Freehold - Pegangan Selamanya (Hak Milik Kekal)
  25. Leasehold - Pajakan Kerajaan Negeri (* Pindah milik memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri)
  26. COCR - Cash On Cash Return
  27. MLTA - Mortgage Level Term Assurance
  28. MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
  29. OD - Over Draft atau Housing loan with OD facilities
  30. PV - Property Value
  31. TA - There After atau Tenancy Agreement
  32. UC - Under Construction
  33. Deed of Mutual Covenant (DMC) - merupakan dokumen yang ditandatangani oleh pembeli hartanah jenis STRATA ketika membeli dari pemaju untuk ‘mengikat’ pembeli / bakal penduduk terhadap peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa tinggal di kediaman strata tersebut. DMC yang ditandatangani dengan pemaju tidak lagi digunapakai selepas geran strata diperolehi.
  34. Kaedah Penggiraan Premium utk Membaharui Tempoh PajakanHartanah Leasehold di SelangorPremium = 1/4 x 1/100 x Market Value of land (in sq ft) x number of years to renew x land area (in sq ft).Section 7 of the Selangor Land Rules 2003 & Selangor Quarry Rules 2003, entitled "Premium".Hartanah Leasehold di Kuala LumpurPremium = 1/4 x value of land x 1/99 x term of lease; ORCalculation of premium for residential land where the lease has NOT expired:Premium = 1/4 x category of the land use x value of the land x 1/99 x (term of new lease minus balance of existing lease)Sumber: http://www.thesundaily.my/news/876772 
     

I-Soho @ I-City

Banyak nye skrang ni Properties tema2 SOHO ni. Tp project ni, dekat2 dgn project I-Suite & Mega Mall yg katanya akan dibuka di I-City. Memang akan maju tempat tu. X rugi beli utk buat aset.

Yg best I-Soho ni dia agak murah skit, sebab starting price dia RM 282K. So spec dia x da la semewah mcm I-Suite (fully furnished). I SOHO ni partly furnished.

I-Soho ni ada beberapa Type (A,B,C,D & Type E3) - nanti leh korang semak plan nya.
Klu dari segi lokasi mmg amat la strategik, sure meletop keba bom bila dah siap nanti. x mustahil harga dia akan naik bila dah siap.

Yg best lagi katanya Free Aircorn, Washing Mashine, Water Heater, Fridge, Kitchen Cabinet (with HOB / HOOD). Leh la view kat bawah tu erk... dan ni no contact :-  Mr Edwin 0166682660

Tuesday

~Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia 2014~

Seronok kan dapat pi bazar Ramadhan. Beruntung la pada yg merasa tu semua. Tahun ni kena berpuasa dan seawal raya berada di tgah lautan. Bazar pon atas kapal ni jer. sronok gak... ehehhehe (pujuk ati konon2...)

Setiap tahun sure akan bertukar2 pi bazar Ramdhan sebenarnya... So mmg selalunya akan cari alamat2 yg latest utk di kunjungi. Bukan apa, boleh cari ilham, idea dan mcm2 lagi selain cari juadah berbuka  sementara tunggu waktu berbuka.

So kat sini nak share la link tu....

http://mynewshub.my/main/2014/06/30/senarai-bazaar-ramadhan-2014-seluruh-malaysia/















Mcm2 juadah yg biasa kita jumpa msa bulan Ramahan jer kan. jom kita terjah.....hehehhe

Anopheles ~ Malaria

            Pagi semalam di kejutkan dgn berita pesakit di kejarkan ke ICU pada 23 Jun @ 3am aritu menghembuskan nafas terakhirnya di ICU. X sangka sebenrnya diagnosis dia Malaria. Untuk mensahihkan jenis penyakit yg dialami perlu investigation teliti terutama sekali darah pesakit perlu di ambil dan diuji. So smua tu kena lakukan di darat. Time tu, perkara terbaik activate MEDIVAC (hantar balik - emergency) Nasib baik partner dgn BFF yg sporting, so smua kerja jadi lagi mudah dan pantas.

Sedikit info nk sharing pasal Malaria ni.....

4 jenis parasit - plasmodium yg menyebabkan Malaria pada Manusia:-
  • P. falciparum, merupakan jenis yang banyak terdapat di Afrika dan menyebabkan gejala yang parah.
  • P. vivax, merupakan jenis yang banyak terdapat di daerah tropis Asia.
  • P. malariae, banyak terdapat di Afrika dan dapat berdiam di aliran darah tanpa menimbulkan gejala apapun untuk beberapa tahun.
  • P. ovale, banyak terdapat di Afrika bagian barat.
Tanda2 awal jangkitan                                              
- Demam dan suhu badan yg tinggi
- Menggigil
- Mual / Muntah
- Sakit Kepala
- Cirit
- kegelisahan (malaise)

Gejala lain mungkin termasuk:
Batuk kering
Sakit belakang
Sakit otot
Limpa yang membesar

Urin bertukar keruh dan hampir ke warna coklat tua (serupa teh) - semakin teruk
Mata kuning (jaundice) - semakin teruk
Sukar menafas dan kadar oksigen menurun bawah 95% (kalau ada SPO2 machine)
 - case haritu SPO2: 85%

Masa pengeraman Kuman selepas dijangkiti mengikut jenis parasit:-

P. falciparum - 9 to 14 days
P. vivax - 12 to 18 days
P. ovale - 12 to 18 days
P. malariae - 18 to 40 days

Mcm mana pon tempoh pengeraman berbeza dari sependek hari



ok la, meningatkan diri semula (refreshing) & sekadar sharing....

#credit to diri sendiri sebab dapat partner dgn BFF x lecture.... (ingatan masih fresh gitu....)


~ teringat kata2 terkahir dia bila BFF mengusik dia supaya jgn lupakan "medic"....

"saya x kan lupa medic berdua...." kesungguhan beliau buka mask oksigen utk sampaikan sesuatu perkataan buat hiba / terharu hati kitaorg ~ hampir 5 jam baru selesai urusan semua....