ETHTRADE

Tuesday

Loss Of Use – insurance Claim (kereta)

                  Kes ni berlaku sekitar tahun 2007. Masa tu x sampai setahun pakai kereta. Hari tu, saya ada meeting di Putrajaya, office di Jalan Cenderasari kat area Bukit Aman. Meeting dari awal pagi smpai la ke Petang. Maksudnya pada haritu saya x masuk pon office terus ke menara PJH di presint 2 klu x silap. Kreta housemate guna selpas hntar saya meeting di Putrajaya memandangkan jarak rumah x berapa jauh (sekitar Puchong).
                  Kemalangan berlaku di kawasan Putrajaya sekitar parking lot di belakang office PM. Pemandu pompuan tu tersalah masuk jalan dan mengundurkan kereta dia dengan mode “sepantas kilat” (auto la katakana), konon2 x da org di belakang. Ha, apa lagi, remok bonet depan kereta saya sedangkan bonet kreta pompuan tu ckit jer kemek. Biasa la disini saya belajar tentang kualiti kereta “Buatan kita”.  Sebenrnya Myvi vs Myvi. Punya la remok hati saya ni tgok kreta saya terok senget muka dia, pandangan dari depan x sampai pakai setahun. Sebaik pompuan tu ngaku salah. Ngaku atau x ngaku, balai tetap balai masing2 buat report.
                    Masa buat report mcm biasa lah, mcm2 prosedur dan saya terus hntar kereta ke bengkel Produa di Balakong. Sebab x caya sgt kat bengkel bukan dari acuan kreta tu sendiri kan. Sebab takot kena tipu. Mcm2 cara org nak kaut untung kan. So x mau ambik risiko tu yg decide ke Produa sendiri.
Macam biasa jugak byak proses nya. Lepas hantar kereta masa tu, saya f.up dgn workshop status kreta saya. Ada la beberapa proses agen insurance nak inspect, tggu report dari police report tentang kes kemalangan tu la dan mcm2 lagi. Memang kes saya tu nmpak mudah, Cuma perlukan masa sedikit. Dan memandangkan lawan saya tu mmg ngaku dah dia yg salah. So dokumen tu semua workshop yg satelkan dan uruskan dgn insurance. 
                         So dalam kes ni, kreta saya di baiki claim atas insurance saya dahulu kemudian akan claim smula ke atas insurance kreta minah tu. Saya Guna takaful sebab belajar dari kengkawan agen insurance. Mudah dan cepat nak buat claim sebab system takaful online. Semua dihujung jari kata kau… pompuan tu pakai insurance Alien. (insurance apa tu???). Memang betol pon takaful ni the best  car insurance. Pernah berlaku kemalangan dgn kawan masa tu. Towing truck berebut nk tarik kreta kitaorng sebab bila tahu kreta kawan tu guna insurance takaful. Dan charge towing x perlu bayar ya (kau ado???). X tahu la klu insurance lain. Siap tnya kat abg towing tu. Dia cakap mmg mudah berurusan dgn insurance takaful.
                         Macam biase la saya akan prepare diri utk sebarang kemungkinan. Kebetulan ada la kawan insurance. Cuma ingin tahu jer process mcm mna utk claim. Cita punya citer dia sharing something yg agak best sgt masa tu. Dia tnya saya waktu tu ada x buat claim “Lost of use”. Maksudnya claim insurance semasa kita x guna kereta kita – masa kreta dalam workshop. Mana ada workshop nk story tu semua. Mna ada insurance nak citer tu semua kan. Sebaik ada abg Zul masa tu (bukan nama sebenar).  So Apa lagi, claim semaksimum mungkin. Sebenarnya ada Law nya. Kita bleh claim ikot kelayakan cc kreta. So masa nk isi form tu akan di ajar oleh workshop. (baru la nak ajar kan sebab saya dah tahu pasal “Loss of Use”) so ingat term ni ya baik2……. Bukan LOST Of Tambun”.
                         Lupa nak story pasal saya kena kluarkan duit rm 400 klu x silap sebab kesalahan saya kreta tu dipandu bukan Pemandu / owner sendiri masa kemalangan. Melainkan dalam insurance saya ada declair pemandu selain saya sendiri. So x kena la saman. Tp x pa, pengalman kan. So claim “loss of use” tu sya claim atas insurance kreta pompuan tu.  Yang paling x best nya bila nk dapat claim loss off use tu nk kena selalu update dgn Alien insurance tu HQ di KL central. Leh siap cakap lg dgn opis diorg saya nak buat claim kerugian masa saya nk call, turun naik office diorang dan kerugian saya ambil cuti tapi claim tetap x dapt. Lastly bru cheque saya dikeluarkan dan saya suka walkin dari nk tggu diorang nak kurier.  Rasenya 2 / 3 bulan baru nak dapt laim tu.
                         So bila next year kejadian tu saya nak renew insurance, mmg NCD saya x terusik  pon. Mmg sah  lah repair kreta saya tu claim atas insurance kreta minah tu.  

Mybe leh guna link ni tuk paham lagi maksudnya…





27 comments:

  1. Salam... nak tanya.. kalau kereta saya da sbulan lebih tersadai kat bengkel.. still boleh claim ke yang loss of use tu... bru tahu blh claim mcm tu😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Claim ni boleh claim selepas kita dah terima kreta blik. Kreta dah siap di repair. Klu kes kemalangan disebabkan kecuaian kenderaan lain. Kita claim atas insurance pesalah tu. So leh la claim LOU. Bgtau kat bengkel tu kita nak buat LOU.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Salam.....saya nk buat clain LOU....tp bnkel tu ckp tkut insurn tk byr....jadi dia ckp tk prlu la.....pstu klu saya nk buat jg kena kluarkn duit sndri dulu....btul ke mcmtu.....

      Delete
    4. Salam.....saya nk buat clain LOU....tp bnkel tu ckp tkut insurn tk byr....jadi dia ckp tk prlu la.....pstu klu saya nk buat jg kena kluarkn duit sndri dulu....btul ke mcmtu.....

      Delete
    5. adjustor akan siap bagi dateline kereta tu dijangka siap berapa lama. contoh kalau kereta tu sepatutnya siap dalam tempoh 10 hari sahaja, boleh claim loss of use tu sampai 10 hari sahaja. kalau kereta itu siap dalam masa 20 hari, claim selebihnya akan ditolak (sebab itu dikira bengkel punya masalah).

      Delete
  2. Assalam. Mohon pencerahan. Bagai mana klu kemalangan disebabkan kenderaan lain yg tidak dilindungi oleh ins. Maksudnya ins dh luput. Masih boleh claim ke LOU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ikot secara logik akal. Pesalah tetap kena byar ganti rugi klu dia dah mmg salah. Jdi kita sbgai mangsa mmg ada hak tuntut hak kita. Sbgai contoh. Kita x guna kereta kita selama kreta kita berada di bengkel. Jdi pesalah wajib kena bayar. Proses tu boleh refer pda bengkel dan rujuk dgn yg lebih arif. Advisor Insurance kita.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Assalam. Mohon pencerahan. Bagai mana klu kemalangan disebabkan kenderaan lain yg tidak dilindungi oleh ins. Maksudnya ins dh luput. Masih boleh claim ke LOU.

    ReplyDelete
  5. Salam.....saya nk buat clain LOU....tp bnkel tu ckp tkut insurn tk byr....jadi dia ckp tk prlu la.....pstu klu saya nk buat jg kena kluarkn duit sndri dulu....btul ke mcmtu.....

    ReplyDelete
  6. Salam.....saya nk buat clain LOU....tp bnkel tu ckp tkut insurn tk byr....jadi dia ckp tk prlu la.....pstu klu saya nk buat jg kena kluarkn duit sndri dulu....btul ke mcmtu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halias. Tu jawapan bengkel yg malas ataupon bengkel tu sendiri nak claim dan duit tu bengkel yg akan dpat. Proses sya dlu x pernah kluarkan duit satu sen pon utk claim LOU

      Delete
  7. Salam. Macam mana nak dapat black and white kita sewa kereta sedangkan kita sewa dengan cousin je ?

    ReplyDelete
  8. Salam...benarkan loss of use tu ada limit hari?advisor kata 2 mggu je..tu pun akan tolak lgi 2@3 hari

    ReplyDelete
  9. Salam...benarkan loss of use tu ada limit hari?advisor kata 2 mggu je..tu pun akan tolak lgi 2@3 hari

    ReplyDelete
  10. salam..sori lari tajuk sikit, boleh ke kita nk claim loss of use kalau kereta kita rosak sebab wiring n tersadai dua minggu, maksudnya hantar balik kat proton, and still under waranty proton

    ReplyDelete
  11. bole tak claim LOU kat insuran sendiri? Insuran keta yg langgar tu dah expire..

    ReplyDelete
  12. Kereta saya total loss. Jadi mcm mana nk claim LOU ni. Pihak insurance tak mintak bukti kereta tersadai ke?

    ReplyDelete
  13. boleh juga baca pengalaman yang saya lalui berkenaan isu eksiden dan tututan ini di blog saya

    https://rosedicherose1973.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. berapa hari maksimum boleh tuntut, kereta sy 4 bulan tersadai di bengkel

    ReplyDelete
  15. berapa hari maksimum boleh tuntut, kereta sy 4 bulan tersadai di bengkel

    ReplyDelete
  16. Claim lost of use..kereta accident bulan 10.settle and claim lost of use..sampai sekarang belum terima feedback dari etiqa.call tny asyik pending katanya pegawai belom approved.dh nak masuk 3 bulan..ayoyo.etiqa oh etiqa..

    ReplyDelete
  17. Assalam...klu nak claim LOU ni...ada form yg kita kena isi ke?

    ReplyDelete
  18. Brapa harga sehari boleh claim lou utk setiap cc kete

    ReplyDelete
  19. Payment loss of use tu selalunya dapat mcm mana? Nnti insurans bg cek dekat kita ke? Ataupun dia bank in dekat akaun bank kita?

    ReplyDelete
  20. Nak tnye. Kalau sy accident di sebabkan kereta lain. Tp xdapat track kereta tu sebab sy accident kereta dah terbalik. Dan sy concussion kejap. Masa sy dah sedar baru ade orang tolong sy keluar dari kereta dan camera recorder kereta dah hilang. Cmne ye?

    ReplyDelete